Determination of warning detection parameters based on data portal detection of radiation in port Klang, Malaysia
Abstract
Abstract
Radiation Portal Monitor (RPM) has been installed in Malaysia since 2006. The passive Radiation detection equipment are installed at the Malaysian border entrance such as airports, seaports and land borders with the aim of detecting illegal movement of nuclear or other radioactive materials. Each detection alarms from the RPM require secondary inspection aimed at confirming the presence and identification of radionuclides in the objects scanned by the RPM. It is known that other than nuclear and radioactive materials, materials containing naturally occurring radioactive material also emits radiation. This study was conducted to determine the parameters that can be used by border control authorities to distinguish between the types of detection by the RPM and to ensure that only certain detection alarm needs to undergo secondary inspection. This would help to save time, reduce cost and avoid disruption to existing seaport operations. This study only focused on gamma-ray detection based on the factor that the radiation has triggered a lot of detection alarms and that there are diverse materials containing naturally occurring radioactive material (NORM) in existence. This study showed that there are a large numbers of detection alarms triggered by RPM that could be differentiated between TRUE alarms or FALSE alarms. Observations of the peak radiation count rate shape and interval, as well as the uniformity in the calculated values at the detectors can be used as parameters in the alarm detection assessment at the West Port, Port Klang, Selangor, Malaysia.
Abstrak
Portal Pengesanan Sinaran (RPM) telah dipasang di Malaysia sejak tahun 2006. Peralatan pengesanan sinaran pasif ini telah dipasang di pintu-pintu masuk sempadan seperti lapangan terbang, pelabuhan dan sempadan darat bertujuan untuk mengesan sebarang pergerakan haram bahan nuklear dan radioaktif. Setiap amaran pengesanan daripada RPM memerlukan pemeriksaan sekunder bertujuan untuk pengesahan kehadiran dan pengenalpastian jenis radionuklid di dalam objek yang diimbas oleh RPM. Adalah diketahui bahawa selain daripada bahan nuklear dan radioaktif, sinaran turut dipancarkan oleh bahan yang mengandungi bahan radioaktif terhasil secara semulajadi (NORM). Kajian ini dijalankan untuk menentukan parameter yang boleh digunakan oleh pihak berkuasa di sempadan untuk membezakan jenis-jenis pengesanan yang dihasilkan oleh RPM dan untuk memastikan hanya amaran pengesanan tertentu perlu menjalani pemeriksaan sekunder. Ini akan membantu penjimatan masa, mengurangkan kos dan mengelakkan gangguan terhadap operasi sediada di pelabuhan. Kajian ini hanya memfokuskan kepada pengesanan sinaran gamma berdasarkan kepada faktor bahawa sinaran ini telah banyak mengaktifkan amaran pengesanan dan kewujudan secara meluas bahan yang mengandungi bahan radioaktif terhasil secara semulajadi (NORM). Daripada kajian ini didapati bahawa sebahagian besar amaran pengesanan yang dihasilkan oleh RPM boleh dibezakan samada ianya adalah amaran BENAR atau PALSU. Pemerhatian terhadap puncak dan sela masa kadar kiraan sinaran serta keseragaman nilai kiraan pada pengesan boleh digunakan sebagai parameter di dalam proses penilaian amaran pengesanan di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia.